02.27.07
Posted in Life at 2:09 pm by momok
“Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah diriku dari kesusahan dan dukacita,
Engkau lindungilah aku dari sifat lemah dan malas, peliharalah diriku
dari sifat bakhil dan pengecut dan Engkau peliharalah diriku dari
hutang-piutang dan kekuasaan orang lain ke atas diriku.”
Permalink
02.12.07
Posted in General at 12:20 pm by momok
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
menyampaikan apa yg perlu pun ok kan
Permalink
02.05.07
Posted in General at 10:29 am by momok
apa kabo seme…
Long time not doing nothing here… well 2006 tampak macam pelbagai cubaan, dugaan & kesedihan bercampur baur dengan kegembiraan … nak taknak kena lalui… for me ‘itulah kehidupan‘
2006 aku akhiri sambutan dengan banjir yg melanda kebanyakkan daerah di Johor.
2007 aku pun mulakan dengan keadaan banjir gelombang ke-2. Semua itu takdir yg telah ditentukan oleh-NYA.
Aku berharap agar mangsa² banjir serta penduduk Johor dapat menginsafi apa yang terjadi. Redha dengan apa yg berlaku sesungguhnya itu adalah ujian di dunia ini.
so long frenzs
Permalink